JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN 2012 - JAWATAN KOSONG 2018 | 2019

Post Top Ad


Tuesday, July 10, 2012

JAWATAN KOSONG TERKINI KEMENTERIAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN 2012


1. (a) Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

(b) Kementerian : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

(c) Kumpulan : Pelaksana

(d) Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan Perkhidmatan

(e) Gred : N1

2. Jadual Gaji :
P1 RM733.54 – RM1,782.67
P2 RM781.53 – RM1,869.34
P3 RM831.36 – RM1,957.86

3. Syarat Lantikan : Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

4. Taraf Jawatan : Tetap

5. Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 Tahun

6. Pengesahan Dalam : Pembantu Am Pejabat Gred N1 adalah layak Perkhidmatan disahkan dalam perkhidmatan apabila telah :-

(a) Memenuhi tempoh percubaan;

(b) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi; dan

(c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan

7. Penaklukan Di Bawah Syarat : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan - Syarat Skim Perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

8. Diskripsi Tugas : Mengedarkan fail, membuat salinan fotostat, mengambil dan merekod dalam buku daftar, mengedarkan/menghantar surat-surat.

9. Tempat Kekosongan :
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ILPKT),
Bukit Tinggi, Bentong,
Pahang

10. Jumlah Kekosongan : 1 jawatan

CARA MEMOHON :

(a) Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan yang diedarkan bersama surat edaran atau boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, KPKT ataupun di laman web www.kpkt.gov.my dengan menyertakan bersama dokumendokumen berikut :-

(i) Salinan Sijil Kelahiran

(ii) Salinan Kad Pengenalan

(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah

(iv) Salinan Sijil Persekolahan

(v) Sekeping gambar berukuran pasport yang terbaru (tidak dikembalikan) serta;

(vi) Salinan sijil-sijil yang berkaitan.

(b) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(b) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm dan sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama "Jawatan Yang Dipohon".

(d) Permohonan berikut AKAN DITOLAK tanpa diberi sebarang jawapan:

(i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

(ii) tidak lengkap atau tidak terang;

(iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) tidak ditulis nombor kad pengenalan;

(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

(iv) tidak menandatangani borang permohonan.

(e) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bahagian Sumber Manusia
Aras 11 & 12
No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Perkhidmatan)

Atau boleh juga dihantar kepada :

Pengarah
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KM 48, Persimpangan Lebuhraya Bertingkat Karak,
Berjaya Hills, 28750 Bukit Tinggi
PAHANG DARUL MAKMUR
(u.p : Pendaftar)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA : 27 Julai 2012


INFO : http://www.kpkt.gov.my