JAWATAN KOSONG TERKINI DBKL 2012 - JAWATAN KOSONG 2018 | 2019

Post Top Ad


Tuesday, May 22, 2012

JAWATAN KOSONG TERKINI DBKL 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PEKERJA  AWAM (LELAKI SAHAJA)
PERKHIDMATAN : SOKONGAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH MAHIR/TIDAK MAHIR
TARAF JAWATAN  :  KONTRAK
GRED :  R1  
GAJI  : GAJI PERMULAAN  -  P1T3 RM823.98
ELAUN SARA DIRI   - RM300.00        
ELAUN KHIDMAT  AWAM  - RM95.00
ELAUN PERUMAHAN AWAM   - RM180.00
            
SYARAT LANTIKAN      :   
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki  kelayakan seperti berikut:-
Warganegara Malaysia;
Berumur 21 tahun hingga 28 tahun pada tahun 2012;
(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;  dan
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim  perkhidmatan ini.
(iii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
 Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-
Diperiksa dan diperakui sihat mental dan fizikal untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Calon yang layak sahaja yang akan dipanggil ke peringkat seterusnya
            
BIDANG TUGAS     :   
Antara bidang tugas yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:-
a.Menjalankan semburan  asap (fogging);
b.Menggali kubur/mengurus proses pembakaran mayat (bukan Islam)
c.Memotong rumput/mencantas pokok rendang
d.Membersihkan tandas, dewan, kandang haiwan, longkang, anak sungai, parit, kolam dan sebagainya
e.Kerja-kerja berkaitan tanaman dan semaian seperti memasukkan tanah dan benih pokok ke dalam pollybag
f. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan yang setara dengan tugas-tugas di atas.
            
TARIKH  UJIAN :  23 DAN 24 MEI  2012 (HARI RABU & KHAMIS)
            
MASA PENDAFTARAN  :  8.30 PAGI – 10.00 PAGI
TEMPAT :  UNIT BERKUDA
TAMAN TASIK TITIWANGSA
JALAN TEMERLOH
53200 KUALA LUMPUR.
            
NO. TELEFON  : 03-26179613/9612/9609/9614
            
Sila Bawa:     :   
(i) KAD PENGENALAN (ASAL);
(ii) SIJIL KELAHIRAN (ASAL)
(iii) SIJIL TAMAT DARJAH 6
(iv) SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (ASAL)
(v) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT
(vi) MEMAKAI T-SHIRT WARNA PUTIH, SELUAR PANJANG SUKAN (TRACK BOTTOM) DAN KASUT SUKAN.
(vii) BAWA PAKAIAN BIASA UNTUK SALINAN SELEPAS UJIAN LASAK.
(viii) DIMAKLUMKAN SEBARANG PERBELANJAAN YANG TUAN GUNAKAN UNTUK UJIAN LASAK INI TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK DATUK BANDAR KUALA LUMPUR.
            
PERINGATAN     :   
Pihak DBKL tidak menyediakan sebarang kemudahan makanan/minuman bagi tujuan ujian lasak ini.

MORE INFO KLIK SINI