
Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.
Koperasi Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Berhad mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:
1. Pengurus Koperasi
KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2012