JAWATAN KOSONG TERKINI UTM 2011 JOBS VACANCY - JAWATAN KOSONG 2019

Post Top Ad


Saturday, October 8, 2011

JAWATAN KOSONG TERKINI UTM 2011 JOBS VACANCY

http://1.bp.blogspot.com/-ZPmhtGoCH0o/TdomMOgwS_I/AAAAAAAAAPI/gXu0Mxfnt5E/s1600/logo_baru_utm.png
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:


PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F29)
– 3 KEKOSONGAN
 Tangga Gaji :
                                                P1T1 RM1544.86 – P1T21 RM3034.66
                                                P2T1 RM1615.95 – P2T21 RM3237.37
                                                P3T1 RM1690.06 – P3T21 RM3415.79 

 Syarat Lantikan :
 a)             Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T1 RM1544.86]; atau
 b)             Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T3 RM1677.96]; atau
 c)              Berdasarkan keputusan Panel Melantik.
 d)             Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya.
 e)             Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang :
·           Mempunyai asas berkaitan JAVA, NetBeans IDE dan Oracle 10G.
·           Boleh bekerja lebih masa dan pada masa cuti;
·           Bekerja di bawah pengawasan yang minima; dan
·           Berkebolehan mempelajari proses kerja dan struktur data sistem sedia ada dengan pantas.

f)              Graduan yang baru menamatkan pengajian digalakkan untuk memohon.
  CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM dengan klik : BORANG PERMOHONAN

b) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon.
c) Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

 ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN
Permohonan hendaklah sampai kepada :
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR

Tarikh Iklan : 4 Oktober 2011

Tarikh Tutup : 18 Oktober 2011

NOTA :
a)    Taraf jawatan adalah SEMENTARA.
b)    Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.
c)     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
d)    Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan mereka adalah tidak berjaya.